Israel Laknatullah
sumber: http://kmu.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&catid=81&Itemid=70
Pemimpin Hizbullah Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim untuk melafazkan Al-Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85, 86 dan 88 malam ini. Tolong sebarkan, agar Israel hancur! Malu kita pada ALLAH jika masih tak mampu menghulurkan selemah-lemah bantuan ini kepada saudara seagama. Harap dapat sebarkan.
Untuk kesekian kalinya, bumi Palestin bermandi darah, menurut laporan 220 terbunuh manakala 400 yang lain cedera, apabila Israel (baca: Israel laknat) melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Genting Gaza.
“Sedang saya menulis rencana ini, jet-jet Israel sedang mengebom kawasan-kawasan sekitar Zeitoun dan Rimal di tengah-tengah Bandar Gaza. Keluarga yang saya tinggal bersama telah berpindah ke bahagian tengah serambi rumah mereka demi mengelakkan dari dibom. Tingkap hampir sahaja musnah berikutan letupan kuat menggegar rumah tersebut.
Siren berbunyi kuat di jalanan. Bekalan elektrik yang terputus menjadikan bandar ini gelap gelita saban malam dan malam ini juga tidak terkecuali melainkan penduduk di sini merasakan malam ini adalah yang paling gelita pernah mereka tempuhi.
Lebih 220 orang terbunuh dan lebih 400 yang lain pula cedera dalam serangan mengejutkan Gaza yang berlanjutan lebih 15 minit. Hospital menjadi sesak dan tidak mampu menampung. Serangan ini adalah tambahan daripada segala krisis kemanusiaan yang sedang mereka alami: kekurangan perubatan, roti, tepung, gas, elektrik, bahanapi dan kebebasan untuk bergerak ke sana ke mari.” - Ewa Jasiewicz
Apakah yang sedang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Rusia, Liga Arab, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC). Moga akan ada ketetapan bagi menghalang lebih banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Tidakkah ada sebuah pihak atau pihak-pihak yang lebih ampuh dari Israel? Tulisan ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza dalam apa jua alasan dan kewajaran. Doa akhir tahun Hijriah dan awal tahun Hijriah 1430: semoga dunia keseluruhan akan lebih aman damai. Amin. InsyaAllah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar